Sabtu, 02 Juli 2011

Amalan Yang Berterusan Pahalanya

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari haldiatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Insya-allah.

Jendela Hikmah: Rasulullah berpesan hati-hati beri, terima pujian

Oleh Prof Madya Maznah Daud
SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)
Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, dimana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?
Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.
Memuji Allah adalah satu ibadatdan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya. Jabirbin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadisriwayat Ibn Majah)
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apayang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidakdapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya.Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalahsembelihan.” (Hadis riwayat Ahmad)
Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaandigalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.
Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasapelik wahai Muhammad) kepadaorang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapayang dikehendaki-Nya (menurutaturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)
Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka adalah anakAllah dan kekasih-Nya. Merekajuga berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad):“Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 111)
Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.” (Hadis riwayatMuslim)
Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buahfikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.

KENAPA AKU DIUJI?

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkanmereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YGAKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat burukbagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg palingtinggi darjatnya, jika kamu org2yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Renungan di hari kemuliaan segala hari

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatanyang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa keneraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang palingberat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapiyang paling tajam sekali diduniaini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
"sampaikanlah walau satu ayat"..

SEBELUM TIDUR

Pesan dan berpesan antara kita....
SEBELUM TIDUR
Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukanempat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan hajidan umrah....
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

HADIAH BUAT IBU and BAPA

Ceramah telah disampaikan olehUstaz Zulkifli Nordin . Semoga ilmu ini dapat lagi dihebah-hebahkan kepada semua saudara seIslam kita yang lain moga kita dapat sama-sama mempraktikkannya .
BAGAIMANA /APA HARUS KITA LAKUKAN BAGI MEMBANTU IBU / BAPA, SAUDARA-MARA / KAWAN2 YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ( BERADA DI ALAM BERZAKH) .
RASULULLAH S.A.W BERSABDA, TERDAPAT 3 CARA KITA BOLEH MEMBANTU ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA :-
1. Bantuan oleh anak kepada IbuBapa yang telah meninggal dunia.
2. Bantuan oleh saudara/kawan-kawan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
3. Kita sendiri yang membantu diri sendiri agar bila berada di alam akhirat kelak pahala akan terus berpanjangan.
SEBAGAI SEORANG ANAK :-
Rasulullah S.A.W telah mengingatkan terdapat 7 perkara harus dilakukan oleh seorang anak bagi memastikan agar pahala akan terus berpanjangan sampai kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia.
i. Hendaklah sianak itu sendiri yang menjadi Imam untuk Solat Jenazah Ibu / Bapanya.
Rasionalnya, semasa solat jenazah tersebut ada doa makasudah pastinya doa Si anak serta diaminkan para jemaah lain terlebih mustajab/afdal berbanding bila jenazah diImamkan oleh orang lain yg tiada kena-mengena . Tambahan pula pahala kebajikan daripada solat itu tadi akan terus sampai kepada Ibu /Bapa yang telah meninggal dunia tadi.
ii. Sentiasa mendoakan kepada ibu/bapa.
Selain berdoa setiapkali selepassolat fardhu, kita boleh juga amalkan berdoa.
Contohnya -agar semua dosa-dosa lalu ibu/ bapa diampunkan Allah SWT tak kira masa sepanjang ibu/bapa masih hidup dahulu.
iii. Sentiasa menyambung silaturrahim dengan kawan-kawan ibu/bapa ketika hayatnya.
Rajin-rajin pergi ziarah ke rumah / hadiri kenduri-kendara, bantu sahabat / kawan-kawan mereka terdahulu. Bertanya khabar danteruskan silaturrahim yang terjalin sebelum ini. Setiapkali kita menziarahi kenalan lama mereka, pahala tersebut akan dapat/sampai kepada Allahyarham/Allahyarhamah secara terus, InsyaAllah.
iv. Membayar nazar puasa / hajat yang masih tertangguh.
Sekiranya semasa hayat mereka pernah bernazar puasadan kita tahu mereka tak sempat menunaikannya, maka kita wajib menggantikan puasanya. Hanya Imam Syafie menyatakan bahawa sekiranya ibu/bapa yang meninggal dunia tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan, maka sianak boleh membayar fidyah saja, sekiranya sianak tak mampu nak mengqada'kan puasa bagi pihak arwah. Atau, jika kita tahu arwah ada hajat nak bantu jiran/kawannya sekiranya ada rezeki lebih (Contoh yang diberikan Ustaz : Niatnya sebelum ini kalau dapat duit KWSP nak tolong jiran buattangga baru .Sianak haruslah bantu jiran tersebut bagi memberitahu hajat mereka yang tak sempat ditunaikan semasa ibu/bapa masih hidup).
v. Gantikan haji bagi ibu / bapayang tak sempat tunaikan ibadah haji.
Upah haji untuk ibu / bapa yang tak berpeluang menunaikan haji semasa hayatnya.
vi. Buat amal soleh & kebajikan dan niatkan untuk mereka.
Setiap kali kita bersedeqah , mengaji, dan lakukan sesuatu kebajikan, selalulah NIATKAN sekali
untuk mereka. Pahala tersebut akan sampai kepada mereka secara langsung (sepantas cahaya) dan akan berpanjangan pahalanya.
vii. Menunaikan janji mereka.
Menunaikan janji-janji yang kita ketahui mereka tak sempat ditunaikan.
SEBAGAI SEORANG KAWAN /SAUDARA :-
i. Hendaklah kamu talkinkan kawan kamu disaat sakaratulmaut.
Maksudnya, ketika mereka sedang menghadapi sakaratulmaut, maka hendaklahkita membaca
talkin ( sebutkan kalimah Lailahaillah ) ke telinganya agar beliau sempat menyebut / mendengar kalimah Allah. Kita boleh tengok / tahu keadaan mereka yang nazak ini antaranya dengan memegang kakinya, kalau sejuk itu tandanya beliau sedang hadapi sakaratul maut, atau tengok kakinya jatuh, perutnya berombak-ombak, peluh bulat-bulat keluar didahinya, hidungnya jatuh. Terdapat jugaamalan membaca Yassin untuk membantu beliau diringankan sedikit sakit semasa proses nyawa ditarik keluar daripada jasad.
ii. Dengan mendoakan kawan / saudara ketika teringat mereka.
Apabila teringat mereka ini, berdoalah agar mereka diberikan keampunan oleh Allah SWT. Contohnya dalam Solat Jumaat, ada doa untuk semua orang Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
iii. Tolong kawan selesaikan hutangnya jika kita tahu merekatak sempat jelaskannya.
Contohnya , kita tahu kawan kita makan sama-sama di kantin pagi tadi dan terlupa bawa duit
atau duit tak cukup dan berjanji nak bayar pada petang itu tapi tak sempat nak bayar, dah datang ajalnya, maka kita yang tahu hal ini, tolonglah bayarkan untuknya.Dalam hal bayarkan hutang kawan ini kita kena ikutlah kemampuan diri kita sendiri, sebab roh mereka yangtak selesaikan hutangnya akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah hutangnya selesai.
BANTU DIRI SENDIRI
i. Tolong diri sendiri dengan memperbanyakkan amal jariah.
Kita hendaklah rajin dan sentiasa mengerjakan amal kebajikan yang pahalanya akanberpanjangan sehingga ke akhirat. Contoh daripada Ustaz: Daripada mengerjakan 5-6 kali umrah, alangkah baiknya duit terlebih itu kita sponsor sesiapa yang nak belajar, seperti seorang anak yang tak cukup duit nak belajar kursus perubatan. Sebaik jadi doktor nanti segala amal kebajikan yang dilakukannya kita juga akan dapat pahalanya, Insya'Allah.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

ADAB UZ-ZIFAF
Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahiddaripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telahberwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuhkedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 )jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungidi atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebabdari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapatanak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baikdaripada perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."
Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar)ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haiditu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
2. "Wahai Ali..! janganlah engkauberjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gilababi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."
3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."
4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima',sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yangdemikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."
5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta - iaitu anak."
6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itujika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."
7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."
8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecualiada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."
9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian ituakan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."
10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secaraberdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."
11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecualisudah tua."
12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."
13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung - direct) danterkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allahmengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."
14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atauseorang ketua yang bengis,"
15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."
16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hatidan bakhil tangan."
17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."
18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."
19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itusesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."
20. "Wahai Ali..! janganlah kamuberjima' dengan isterimu di atasloteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."
21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran:
"Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."
22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."
23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."
ANJURAN BERJIMA'
24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah :
"Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimm a Rozaktani." Maka yang demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."
25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguhkepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik danburuk Qada' dan Qadar Allah)."
26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah: 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah' danAllah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdustadan mengadu-domba."
27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."
28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakankepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yangfaqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."
29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."
30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allahs.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim."
31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnyadi harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."...1*
(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.